Assalamualaikum readers,
Selama aku hidup di muka bumi Allah ni dah banyak kali aku dengar
ayat-ayat yang pada aku SANGATLAH RIAK bunyinya...
apakah...?kenapakah...? segalanya akan terungkai nanti.! wooo
macam ala-ala misteri nak bercerita pasal hantu pulak kan !
Apakah perkataan yang pada aku bunyinya sangatlah Riak itu..
Jeng...Jeng...jeng..
Ala senang JE homework tu !
30 hinggit JE !
Aku mampu pakai Gucci JE !
Ishh boy aku hansome biasa-biasa JE !
Yang itu JE kau beli !
Haa JE itulah yang bagi aku sangatlah riak bunyinya !! Ditambah
pulak dengan mimik muka yang sesangatlah Over,diulang
suara Over ok !! Menambahkan lagi keriakan dalam pembawakan
ayat itu..
Ala aku tahu orang-orang Hebat yang tengah membaca ni pun
pernah menuturkan ayat-ayat sedemikian kanzz !!
Well samalah kita, ohh kita serupa, kita serupa .. haa sedap dok
suare kite ( eiii geli aku berkite-kite ni...pang,pang,pang ).
Bukan aku menghina perkataan JE ni,ohh tolong jangan salahkan
perkataan ini ia tidak bersalah/tidak berdosa..Yang bersalah kita,
yang bertutur ni ! Mahunya tak nampak riak, entahlah kita
cakap dengan nada dan mimik muka yang .... ahh memang
Hebak ahh kan.. then ditambahkan dengan JE itu . wah HEBAKnye
kita !
Ok aku faham,ye memang aku faham apa yang u'olls alami,sebab
aku pun mengalami masalah yang sama.Which is kadang-kadang
kita tak sengaja pun nak bercakap sebegitu, dengan tiba-tiba
perkataan JE itu mengakhiri mukadimah kita..
Sebab itu sebelum kita nak berkata-kata cubalah progress dulu
ayat yang u'olls nak cakapkan barulah ayat JE yang SuperRiak
tidak tersembur keluar dari bibir mutiara u'olls. Then orang
disekeliling kita tak akan ada tanggapan negatif pada kita .
Haa sebenarnya banyak kebaikan yang kita dapat kalau kita
berfikir sebelum bercakap.. janganlah main sedap mulut JE nak
bercakap , jangan ingat ayat u'olls dah cukup garam,gula,serbuk
perasa dan segala bagai perisa dah cukup baik nak diucapkan.!
Fikir baik-baik baru cakap.! understood . Sejujurnya aku buat entri
ni sebab aku ada tersembur ayat JE tadi u'olls memang terasa Hebak
tapi after that rasa sangat-sangatlah menyesal sebab Riak ok !!
Firman Allah bermaksud
'Wahai orang-orang yang beriman!Jangan rosakkan (pahala amal)
sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan
(kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah)
orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk
kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan
hari akhirat.Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang
ada tanah diatasnya,kemudian batu itu ditimpa hujan lebat lalu
ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). ( Demikianlah
juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan
mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan.
Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum
yang kafir'.
(surah al-Baqarah ayat 264)
Apabila u all faham maksud firman Allah ni barulah u all tahu yang
sifat riak tu tak bawak kita kemana pun,hanya gah di mata manusia
dan hanya merosakkan iman kita saja !! so u all fikir beratus-ratus
kali sebelum nak tunjuk riak ok .
Entri ni anggaplah sebagai nasihat sesama kita,supaya kita semua
menjauhi sifat riak ..
wuhaaaaa oklah u all i dah penat nak menaip so sampai disini saja ok, see u
all in next entri !! semoga apa yang bani sampaikan mambawa manfaat untuk
semua . Assalamualaikum.
Author of sweet sour,
Nurbani Nasir
No comments:
Post a Comment