Sunday 26 May 2013

Forgiveness

Assalamualaikum,



Ramai yang berkata memaafkan kesalahan itu mudah tapi melupakan kesalahan itu susah.

Meminta kemaafan dan memaafkan itu pada aku something yang sangat susah untuk dilakukan dalam dunia ini.
Lagipun dalam dunia ini macam-macam jenis manusia yang kita jumpa ect :
manusia jenis hiporkrit,manusia jenis talam dua muka,manusia jenis backstabbed dll..
tak perlu rasanya aku nak senaraikan satu demi satu perangai-perangai manusia dekat bumi ini.

Sebagai manusia semestinya korang semua ada sedikit rasa kesian bukan ?
Jadi apa yang aku nak kongsi dekat sini ialah macam mana cara nak memudahkan diri anda semua untuk memaafkan seseorang dan meminta kemaafan.
if im wrong please correct me :)



1. Meminta maaf dan memaafkan untuk diri sendiri or ikhlas .
which is korang buat untuk diri sendiri bukan minta maaf sebab takut dia tak nak kawan dengan korang
or memaafkan sebab nk tunjuk yang korang tu kononnya baik.okeyhh biar ikhlas untuk diri sendiri.
Sebab apa aku kata buat untuk diri sendiri....sebab bila korang buat untuk diri sendiri secara automatik
korang akan rasa sangat lega sebab ikhlas ialah something yang sangat menenangkan.
So bila tenang dendam pun hilang ye dak ?





2. Berfikiran positif
Sifat berfikiran positif ini aku berani cakap hanya ada dalam diri kita berapa peratus je !!
guess why ? sebab manusia suka berfikiran negatif or buruk sangka terhadap orang lain.
Senyum jika betul...kalau korang kata SALAH cepat sekarang jugak tutup laptop korang ! haha
Seriuosly aku akan tabik spring dekat hamba-hamba Allah yang first sight diorang dekat orang lain tak buruk.So point aku dekat sini ialah jangan fikir bila korang minta maaf or memaafkan orang lain itu menunjukkan korang ini seorang yang lemah which is cepat mengalah..
Hati jahat cakap : bagi la ada fight sikit baru best !! ye dak
Itu antara perkara  sebaliknya yang akan  terbit dalam hati orang yang hendak memaafkan or minta maaf . Kalau setuju kasi senyuman yang manis bak milo panas satu :)
Apa yang korang perlu buat ialah Senyum dan say sorry to them or accept their sorry with smile.
CHESSSSESSSS





3. Luahkan isi hati anda
Niat kita untuk minta maaf ialah untuk menyelesaikan masalah so at that time korang perlu/harus/WAJIB luahkan isi hati korang yang dipendam berhari-hari/berminggu-minggu/berbulan-bulan or tahap kritikal punya bertahun-tahun.Jadi bila sudah dapat peluang korang gunakan sebaik-baiknya untuk luahkan apa yang korang rasa perlu dia perbaiki atau jangan ulangi lagi and yang paling terbaik ialah korang explain dekat dia sifat korang apakah korang ini cepat sensitifkah,mudah marahkah,jenis memang suka jadi backstabbedkah,batu apikah,tidak amanahkah....and what everlah perangai korang tu,korang mesti berterus terang sebab tanpa berterus terang masalah takkan selesai tahu.Lagipun kalau nak difikirkan secara logik explanation sangat penting,contohnya:
- tanpa explanation korang tak akan faham apa yang cikgu korang ajar.
- tanpa explanation manusia dekat muka bumi ini tidak akan berkahwin. (merepek)
- tanpa explanation kes mahkamah tak akan selesai.
dan lain-lain lagi makin banyak aku bagi contoh makin ke laut la aku !




4. Lupakan siapa yang salah and betul
Manusia mana ada yang perfect gila-gila punya. Jadi bila korang nak minta maaf dan memaafkan benda yang paling penting yang korang perlu set dalam minda korang ialah lupakan siapa yang salah eventhough memang sebetul-betulnya dia memang bersalah dan koranglah yang betul gila-gila punya.
Then bila korang sudah boleh lupa the both thing barulah niat korang hendak minta maaf betul.
Warning : jangan jadi manusia yang suka menyalahkan orang lain padahlah akibatnya!
Berfikir yang korang pun ada buat salah jugak bukan dia seorang saja okey.



The end masalah akan settle dan kemaafan jadi ending yang paling bermakna.
haha ala-ala cerita romantik tak ?

Apa yang penting anda belajar untuk memaafkan seseorang and guess what tip ini aku tulis bukanlah sebab aku ini seorang yang pemaaf gila-gila punya tapi sebab aku pun ada problem untuk memaafkan seseorang dan meminta maaf .hahah

Apa-apa pun aku harap apa yang aku sampaikan ini bermanfaat untuk anda semua dan untuk diri aku jugak. :)

Aku ada satu lagi peringatan untuk aku dan korang. (lihat dibawah)

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Renung-renungkan dan selamat beramal :)


peace yooo :)


Keep smile and stay cool.
Assalamualaikum .



Friday 24 May 2013

3 month before


Assalamualaikum,



Sekian lama blog kesayangan aku ni ditinggal bukan sebab kemalasan tahap maksima tapi disebabkan kekangan waktu yang sangat mencemburui aku :p 

Biasalah aku ni student form 6 so faham-faham lah,week days sepastinya kena pergi sekolah.weekends pulak haishhh dilunggokkan dengan homework n assignment oleh cikgu-ckgu kesayangan. 
ehemmm bunyi macam mengeluhkan tapi sebenaqnya takkkk aku cuma explain kepada anda-anda semua sajah. hehe




Seriuosly 3 month before memang bulan-bulan yang sgt sibuk untuk aku tapi bukan aku saja student stpm yang lain pun sama jugak. Mana tidaknya kami semua kena buat PBS n then kena bentangkan pulak kajian yang kami buat..huh memang mencabar mental and fizikal. DEPRESSED wooo
tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



2 weeks holiday .......... haiyoo macam tak cuti la 2 minggu je !! tapi apa-apa pun bersyukur sebab ada juga cutikan walaupun bukan 3 bulan cuti..
so cuti ni aku nak mula buat PBS sastera,bagi siap cepat-cepat senang hidup..baru tak kelam kabut di kemudian hari.

Sempena dengan cuti ni jugak aku nak mengaktifkan diri aku berblog satu hari satu update pun jadilah daripada biarkan blog ini berhabuk ! and semalam aku bertungkus lumus tukar image blog aku sekali dengan link n blog title okeyh. Pulun tak kakak :p

Kali ni aku tukar blog ni jadi lebih simple sebab aku semak tengok blog aku nih macam sekolah tadika.haha
so walaupun simple tapi sangat elegant pada aku :p

Lepas ni aku akan kongsi banyak benda-benda yang berfaedah sebab seingat akulah sepanjang aku berblog ni aku tak pernah kongsi something knowledge dengan korang kann.
tengok betapa malasnya diriku ini !!



ohh nota kecik untuk pelajar stpm :
kita dah mencuba yang terbaik dalam exam sem 2, jadi tawakal pada Allah insha Allah 
sem kali ni kita dapat result yang lagi gempak dari sem 1. 
Jangan tetapkan dalam diri perasan yang sebegini  :
ala aku rasa macam kena ulang je sem ni !
ayoooo sayang result tak keluar lagi so relax jangan ada fikiran yang negatif macam tu tak bagus untuk otak okeyh.
Masa ni gunakan sebaiknya berdoa pada Allah,mohon result yang cemerlang insha Allah, Dia pasti akan tunaikan hajat deme semua .
Jadi usahlah gundah gelana think positif yooo :)



Keep smile and stay cool
Assalamualaikum !!


P/S : menaip sambil dengar lagu im sorry by jeo jonas,im his big fan