Assalamualaikum,
Aku pasti sebagai umat islam kalian pasti pernah membaca
Kalam Allah walaupun sekali seumur hidup atau kalian
cuba memahami isi yang terkandung dalam Al-Quran .
Bagi aku sejahat-jahat manusia sekali pun dia pasti
pernah menatap dan membaca Al-Quran kerna ayat-ayat
suci yang terdapat di dalam Kalam Allah ini mampu
mengubah kehidupan seseorang itu dalam sekelip mata .
Jika tidak masakan penganut agama lain tertarik dengan
agama islam ini , sehingga mereka sanggup menganuti
agama islam walaupun terpaksa menempuh pelbagai
halangan . Sebagai contoh Loo Joo Yee yang baru
berusia 18 tahun saat dia memeluk agama islam .
Membaca kisah gadis cina Muslim ini hati ku tersentuh
bahkan mengalir air mata aku membaca kisahnya .
Dengan itu buatkan aku rasa bersyukur kerna
dilahirkan sebagai umat islam .
Alhamdulillah
Sekarang aku cuba memahami isi kandungan Kalam
Allah ini dengan membaca tafsiran Al-Quran .
Jujur aku katakan sungguh aku takut tatkala membaca
tafsiran tersebut kerna terasa kerdil diri ini , aku
menginginkan syurga tapi aku bukanlah gadis solehah
yang punya iman yang kukuh .
Aku hanyalah gadis yang sering lupa , sering leka
dengan tipu daya dunia . Siapa aku untuk meminta
Syurga kepada-Mu , tapi aku bersyukur diusia 18
tahun sudah wujud keinsafan dalam diri ku ini .
Alhamdulillah .
Ingin sekali aku mengenakan pakaian yang
menutup aurat seperti gadis-gadis yang bersekolah
agama . Sejuk mata memandang . Insya Allah doakan
supaya aku mampu menjadi gadis solehah suatu hari
nanti .
Mulai sekarang aku akan jadikan Kalam Allah ini
sebagai pegangan seumur hidup ku . Jalani kehidupan
berlandaskan Kalam Allah . Tidak dapat ku bayangkan
bertapa indahnya kehidupan seperti itu .
Al-Quran yang ku baca dari usia 8 tahun dan aku masih
lagi membaca Al-Quran ini sehingga kini . Alhamdulillah
Jauh di sudut hati aku tidak mahu menjadi hamba-Nya
yang tiada pegangan yang nyata , yang hanyut dalam
arus dunia yang sementara ini . Ya Allah jauhilah aku
dan mereka daripada tergolong dalam golongan ini .
Amin .
Ingin ku kongsikan cerita ku ketika berada di tingkatan
5, satu hari ustaz yang mengajar kami menyuruh salah
seorang di antara kami membaca surah yang terdapat
di dalam buku teks pendidikan agama islam , tapi
semuanya tunduk tersipu-sipu malu sebagai tanda
tidak mahu membaca surah tersebut , lelaki atau
perempuan semuanya sama tiada seorang pun yang
mahu membaca surah tersebut termasuklah aku .
Akhirnya ustaz sendirilah yang membaca surah tersebut.
Sekarang tatkala aku teringatkan saat itu , barulah aku
sedar yang kami tidak punya kefahaman yang tinggi
tentang Kalam Allah ini .
Aku yakin kalian juga pasti pernah mengalami detik
seperti aku juga . Aku terfikir kenapa kami perlu malu
membaca ayat-ayat suci Allah ini , sedangkan jika
disuruh menyanyi lagu , wah bukan main kuat suara
dikeluarkan . Fikir-fikirkanlah
Semoga aku dan kalian sentiasa berada dalam landasan
yang benar . Insya Allah .
Much love,
Strengthen Iman And Undergo Life Patiently,
Assalamualaikum .