Assalamualaikum,
Bulan Ramadan sudah berlalu kini Syawal pula menjelma .
Ramadan memberi seribu makna kepada seluruh umat
islam, bulan yang mana kita berkejar-kejar melakukan
ibadah wajib dan sunat . Bak kata orang bulan untuk
menyucikan diri , kita bukanlah manusia yang sempurna
pasti ada juga kita lakukan perkara yang dilarang-Nya ,
jadi bagi aku dengan tibanya bulan Ramadan kita perlu
bersungguh-sungguh melakukan ibadah .
Tapi bulan Ramadan telah berlalu pergi , hanya
kita sahaja yang tahu seberapa bagus amalan yang kita
telah lakukan .
Aku doakan semoga amalan yanag kalian lakukan di
bulan Ramadan diterima oleh Allah S.W.T . Amin
Nah , sekarang giliran Syawal pula mengunjungi kita ,
dan hari ini Syawal yang ke-4 . Sepastinya sebelum
kedatangan Syawal ini kalian telah melakukan pelbagai
persiapan untuk bulan Syawal , begitu juga aku ,
shopping sana sini sampaikan tak sedar duit dalam
kocek habis begitu sahaja . Terniat juga dalam diri ku
untuk beraya dengan sederhana sahaja tapi aku hanya
wanita biasa yang punya 9 nafsu , tidak dapat menahan
diri ku daripada menyukai benda-benda yang cantik .
Itulah wanita , ciptaan Allah S.W.T .
Syawal tahun ini tidak semeriah tahun sebelumnya ,
tahun ini terasa sedikit sepi mungkin kerana ramai
rakan-rakan ku yang pulang ke kampung halaman
masing-masing . Tapi tidak mengapa aku bersyukur
kerana masih dapat beraya dengan rakan-rakan ku yang
lain. Alhamdulillah
ouh ya , walaupun aku sudah menjangkau usia 18 tahun
aku masih lagi diberi duit raya . wah seronok rasanya
tapi rasa malu lebih menebal daripada keseronokan ,
mungkin itu pertanda aku sudah dewasa .
Dewasakah aku ?
Bagi pelajar tingkatan 6 kami hanya diberi cuti selama
1 minggu aku berdoa agar hari-hari aku dalam menjalani
saat-saat tingkatan 6 selepas ini dipermudahkan dan
semoga aku lebih menghargai masa kerna sudah banyak
kerja yang tertangguh akibat daripada sikap ku yang
sering lalai . Amin
Insyaallah semoga kalian menjalani Syawal dengan
meriah tapi jangan lupa kepada umat islam yang dalam
kesusahan .
Jujur aku katakan saat ini terbit rasa keinsafan dalam diri
ku , mungkin disebabkan pembacaan ku disebuah laman
sesawang yang namapenulisnya ku rahsiakan disini
kerna penulis tersebut cukup terkenal , malu pula aku
hendak tulis disini .
Semoga aku dapat menjadi seorang wanita yang solehah
suatu hari nanti
Insya Allah .
Salam Aidilfitri buat semua maaf zahir dan batin .
see you again , much love ,
Strengthen iman and undergo life patiently
Assalamualaikum .
No comments:
Post a Comment