Saturday 23 November 2013

When The Year Change....

Assalamualaikum



Finally i'm done with my STPM examination. huhh .
Lega tidak terkatalah.
One more thing, tahun ini adalah tahun terakhir aku bergelar remaja.
O My Allah, macam tak percaya yang tahun depan aku akan bergelar gadis 20 an.
OMG !!!
Walaupun 20 tahun itu still dalam peringkat umur remaja but apa ertinya remaja without "teen" 
dibelakang pronunciation umur aku, yang sebelum ini "nineteen" akan berubah kepada
"twenty" .
OHH my sudah tak boleh nak feeling teenager dah !!

All in all, aku happy sebab lepas ini aku akan berada dalam stage baru dalam hidup aku.
So hopefully, aku akan lebih bersikap seperti seorang WANITA .
Acecehhh, terasa ala-ala Diva pula :D

Memandangkan tahun depan aku sudah tidak bergelar seorang pelajar sekolah lagi, jadi
aku sekarang dalam proses mencari kerja.
It's no, no untuk aku menanam anggur sepanjang bercuti.
WHOOO
itu pekerjaan yang sangat tidak produktif !!

Tapi Ya Allah, SUSAH sangat nak cari kerja, walau bagaimana pun, aku tidak akan berputus asa
and aku akan mencari kerja sampai aku dapat !!!
Bersemangat ke idok :D

Aku berazam kalau aku dapat kerja nanti, aku akan simpan half of my salary
sebagai simpanan untuk aku further degree study aku nanti.
Biarpun parents aku boleh tanggung aku untuk further study tapi
memang impian aku untuk further degree study aku menggunakan duit aku sendiri.
INDEPENDENT !!

Insha Allah, rezeki Allah itu sentiasa ada!! Cumanya kalau nak dapat rezeki itu kena usaha lebihlah.
Whatever happen i always believe in Allah :)

Hari ini aku macam tak ada kerja sangat (memang tak ada kerja pun) !!
So aku sajalah buat research sikit tentang course yang aku nak ambik nanti.
(semangat..result pun tak keluar lagi) !!
Setakat ini UMS sangat-sangat menarik perhatian aku sebab semua kos yang aku nak semua ada .
Antaranya, Bach. of Islamic Finance and Bach. of International Finance.
Haaa nampak tidak minat aku. Memang ke arah Kewangan.
Aku memang suka finance seronok habaq hang !!

Jadi kepada yang membaca tolong doakan result aku GEMPAK !!
Supaya tercapai impian aku untuk further study dalam kos ini.

Thank u.



Stay cool and keep smiling :)
Nurbani Nasir












Saturday 16 November 2013

Ambitious

Assalamualaikum,


Semua orang mesti ada cita-cita yang tersendiri, dan sanggup buat apa saja untuk pastikan cita-cita yang diimpikan tercapai . Am i right ? (jawablah sendiri)

Pada aku cita-cita satu benda yang sangat sangat penting . 
Kenapa penting ?
Pentinglah sebab benda ini akan menentukan siapa kita di masa hadapan nanti .
Faham ke idok ?
Sebab itulah masa tadika and sekolah rendah lagi cikgu-cikgu asyik menyibuk je tanya
apa cita-cita kamu ? 

Cita-cita ni boleh dikatakan prinsip hidup kita . 
Sebagai contoh si Ali nak jadi pilot so dia akan tetapkan perancangan untuk jadi seorang pilot
and si Hajah dia sangat sangat nak jadi seorang ustazah jadi dia akan cuba bentuk perwatakan and belajar ilmu-ilmu untuk jadi seorang ustazah .

Disebabkan cita-cita juga orang sanggup 24 jam berusaha untuk pastikan cita-cita yang diimpikan tercapai . Sampai sanggup abaikan segala perkara disekeliling dia .

Jadi sedarkah anda yang cita-cita ini boleh bring a negative thing in our life .
Contohnya :
belajar tinggi-tinggi then dapat kerja bagus and hidup semewah-mewahnya
tapi
mak ayah hidup merempat .
see how your ambitions boleh butakan mata and hati manusia .

BAHAYA BUKAN !!!

Jadi the main point aku ialah berpada-padalah dalam mengejar cita-cita anda .
Ya benda ini memang penting tapi janganlah sampai cita-cita ini dijadikan
THE MAIN POINT
sebab anda hidup di dunia ini, perlulah bijak seimbangkan perkara dunia and akhirat .

Kepada pelajar, kita belajar kerana Allah jadi jangan kita hanya belajar ilmu Dia 
tapi
kita lupakan Dia, belajar 24 jam sampai SOLAT ditinggalkan .
Kalau Allah tak redha ilmu itu adakah anda akan berjaya ?

Kepada manusia yang bekerja, kita bekerja untuk dapatkan rezeki
dan rezeki itu datangnya daripada Allah .
So, janganlah anda jadi orang yang RIAK lagi TAKBUR .
Berlagak dengan rezeki daripada Allah 
Sampaikan zakat tak terbayar .
Fakir miskin dicaci dan dihina .
Astaghfirullahaladzim


You can dream Big BUT be careful you may lost Something !


Sama-sama kita renung-renungkan
and perbaiki kelemahan kita
yang mudah lupa dengan nikmat yang Dia kurniakan :)




Keep smiling and stay positive,
Nurbani Nasir .



Sunday 26 May 2013

Forgiveness

Assalamualaikum,



Ramai yang berkata memaafkan kesalahan itu mudah tapi melupakan kesalahan itu susah.

Meminta kemaafan dan memaafkan itu pada aku something yang sangat susah untuk dilakukan dalam dunia ini.
Lagipun dalam dunia ini macam-macam jenis manusia yang kita jumpa ect :
manusia jenis hiporkrit,manusia jenis talam dua muka,manusia jenis backstabbed dll..
tak perlu rasanya aku nak senaraikan satu demi satu perangai-perangai manusia dekat bumi ini.

Sebagai manusia semestinya korang semua ada sedikit rasa kesian bukan ?
Jadi apa yang aku nak kongsi dekat sini ialah macam mana cara nak memudahkan diri anda semua untuk memaafkan seseorang dan meminta kemaafan.
if im wrong please correct me :)



1. Meminta maaf dan memaafkan untuk diri sendiri or ikhlas .
which is korang buat untuk diri sendiri bukan minta maaf sebab takut dia tak nak kawan dengan korang
or memaafkan sebab nk tunjuk yang korang tu kononnya baik.okeyhh biar ikhlas untuk diri sendiri.
Sebab apa aku kata buat untuk diri sendiri....sebab bila korang buat untuk diri sendiri secara automatik
korang akan rasa sangat lega sebab ikhlas ialah something yang sangat menenangkan.
So bila tenang dendam pun hilang ye dak ?





2. Berfikiran positif
Sifat berfikiran positif ini aku berani cakap hanya ada dalam diri kita berapa peratus je !!
guess why ? sebab manusia suka berfikiran negatif or buruk sangka terhadap orang lain.
Senyum jika betul...kalau korang kata SALAH cepat sekarang jugak tutup laptop korang ! haha
Seriuosly aku akan tabik spring dekat hamba-hamba Allah yang first sight diorang dekat orang lain tak buruk.So point aku dekat sini ialah jangan fikir bila korang minta maaf or memaafkan orang lain itu menunjukkan korang ini seorang yang lemah which is cepat mengalah..
Hati jahat cakap : bagi la ada fight sikit baru best !! ye dak
Itu antara perkara  sebaliknya yang akan  terbit dalam hati orang yang hendak memaafkan or minta maaf . Kalau setuju kasi senyuman yang manis bak milo panas satu :)
Apa yang korang perlu buat ialah Senyum dan say sorry to them or accept their sorry with smile.
CHESSSSESSSS





3. Luahkan isi hati anda
Niat kita untuk minta maaf ialah untuk menyelesaikan masalah so at that time korang perlu/harus/WAJIB luahkan isi hati korang yang dipendam berhari-hari/berminggu-minggu/berbulan-bulan or tahap kritikal punya bertahun-tahun.Jadi bila sudah dapat peluang korang gunakan sebaik-baiknya untuk luahkan apa yang korang rasa perlu dia perbaiki atau jangan ulangi lagi and yang paling terbaik ialah korang explain dekat dia sifat korang apakah korang ini cepat sensitifkah,mudah marahkah,jenis memang suka jadi backstabbedkah,batu apikah,tidak amanahkah....and what everlah perangai korang tu,korang mesti berterus terang sebab tanpa berterus terang masalah takkan selesai tahu.Lagipun kalau nak difikirkan secara logik explanation sangat penting,contohnya:
- tanpa explanation korang tak akan faham apa yang cikgu korang ajar.
- tanpa explanation manusia dekat muka bumi ini tidak akan berkahwin. (merepek)
- tanpa explanation kes mahkamah tak akan selesai.
dan lain-lain lagi makin banyak aku bagi contoh makin ke laut la aku !




4. Lupakan siapa yang salah and betul
Manusia mana ada yang perfect gila-gila punya. Jadi bila korang nak minta maaf dan memaafkan benda yang paling penting yang korang perlu set dalam minda korang ialah lupakan siapa yang salah eventhough memang sebetul-betulnya dia memang bersalah dan koranglah yang betul gila-gila punya.
Then bila korang sudah boleh lupa the both thing barulah niat korang hendak minta maaf betul.
Warning : jangan jadi manusia yang suka menyalahkan orang lain padahlah akibatnya!
Berfikir yang korang pun ada buat salah jugak bukan dia seorang saja okey.



The end masalah akan settle dan kemaafan jadi ending yang paling bermakna.
haha ala-ala cerita romantik tak ?

Apa yang penting anda belajar untuk memaafkan seseorang and guess what tip ini aku tulis bukanlah sebab aku ini seorang yang pemaaf gila-gila punya tapi sebab aku pun ada problem untuk memaafkan seseorang dan meminta maaf .hahah

Apa-apa pun aku harap apa yang aku sampaikan ini bermanfaat untuk anda semua dan untuk diri aku jugak. :)

Aku ada satu lagi peringatan untuk aku dan korang. (lihat dibawah)

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Renung-renungkan dan selamat beramal :)


peace yooo :)


Keep smile and stay cool.
Assalamualaikum .



Friday 24 May 2013

3 month before


Assalamualaikum,



Sekian lama blog kesayangan aku ni ditinggal bukan sebab kemalasan tahap maksima tapi disebabkan kekangan waktu yang sangat mencemburui aku :p 

Biasalah aku ni student form 6 so faham-faham lah,week days sepastinya kena pergi sekolah.weekends pulak haishhh dilunggokkan dengan homework n assignment oleh cikgu-ckgu kesayangan. 
ehemmm bunyi macam mengeluhkan tapi sebenaqnya takkkk aku cuma explain kepada anda-anda semua sajah. hehe




Seriuosly 3 month before memang bulan-bulan yang sgt sibuk untuk aku tapi bukan aku saja student stpm yang lain pun sama jugak. Mana tidaknya kami semua kena buat PBS n then kena bentangkan pulak kajian yang kami buat..huh memang mencabar mental and fizikal. DEPRESSED wooo
tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



2 weeks holiday .......... haiyoo macam tak cuti la 2 minggu je !! tapi apa-apa pun bersyukur sebab ada juga cutikan walaupun bukan 3 bulan cuti..
so cuti ni aku nak mula buat PBS sastera,bagi siap cepat-cepat senang hidup..baru tak kelam kabut di kemudian hari.

Sempena dengan cuti ni jugak aku nak mengaktifkan diri aku berblog satu hari satu update pun jadilah daripada biarkan blog ini berhabuk ! and semalam aku bertungkus lumus tukar image blog aku sekali dengan link n blog title okeyh. Pulun tak kakak :p

Kali ni aku tukar blog ni jadi lebih simple sebab aku semak tengok blog aku nih macam sekolah tadika.haha
so walaupun simple tapi sangat elegant pada aku :p

Lepas ni aku akan kongsi banyak benda-benda yang berfaedah sebab seingat akulah sepanjang aku berblog ni aku tak pernah kongsi something knowledge dengan korang kann.
tengok betapa malasnya diriku ini !!



ohh nota kecik untuk pelajar stpm :
kita dah mencuba yang terbaik dalam exam sem 2, jadi tawakal pada Allah insha Allah 
sem kali ni kita dapat result yang lagi gempak dari sem 1. 
Jangan tetapkan dalam diri perasan yang sebegini  :
ala aku rasa macam kena ulang je sem ni !
ayoooo sayang result tak keluar lagi so relax jangan ada fikiran yang negatif macam tu tak bagus untuk otak okeyh.
Masa ni gunakan sebaiknya berdoa pada Allah,mohon result yang cemerlang insha Allah, Dia pasti akan tunaikan hajat deme semua .
Jadi usahlah gundah gelana think positif yooo :)



Keep smile and stay cool
Assalamualaikum !!


P/S : menaip sambil dengar lagu im sorry by jeo jonas,im his big fan









Tuesday 22 January 2013

Apa ada pada JE ?

Assalamualaikum readers,


                Selama aku hidup di muka bumi Allah ni dah banyak kali aku dengar
                ayat-ayat yang pada aku SANGATLAH RIAK bunyinya...
                apakah...?kenapakah...? segalanya akan terungkai nanti.! wooo
                macam ala-ala misteri nak bercerita pasal hantu pulak kan !
               
               Apakah perkataan yang pada aku bunyinya sangatlah Riak itu..
               Jeng...Jeng...jeng..
             
               Ala senang JE homework tu !
               30 hinggit JE !
               Aku mampu pakai Gucci JE !
               Ishh boy aku hansome biasa-biasa JE !
               Yang itu JE kau beli !

             
               Haa JE itulah yang bagi aku sangatlah riak bunyinya !! Ditambah
               pulak dengan mimik muka yang sesangatlah Over,diulang
               suara Over ok !! Menambahkan lagi keriakan dalam pembawakan
               ayat itu..
               Ala aku tahu orang-orang Hebat yang tengah membaca ni pun
               pernah menuturkan ayat-ayat sedemikian kanzz !!
               Well samalah kita, ohh kita serupa, kita serupa .. haa sedap dok
               suare kite ( eiii geli aku berkite-kite ni...pang,pang,pang ).


               Bukan aku menghina perkataan JE ni,ohh tolong jangan salahkan
               perkataan ini ia tidak bersalah/tidak berdosa..Yang bersalah kita,
               yang bertutur ni ! Mahunya tak nampak riak, entahlah kita
               cakap dengan nada dan mimik muka yang .... ahh memang
               Hebak ahh kan.. then ditambahkan dengan JE itu . wah HEBAKnye
               kita !

               Ok aku faham,ye memang aku faham apa yang u'olls alami,sebab
               aku pun mengalami masalah yang sama.Which is kadang-kadang
               kita tak sengaja pun nak bercakap sebegitu, dengan tiba-tiba
               perkataan JE itu mengakhiri mukadimah kita..
             
               Sebab itu sebelum kita nak berkata-kata cubalah progress dulu
               ayat yang u'olls nak cakapkan barulah ayat JE yang SuperRiak
               tidak tersembur keluar dari bibir mutiara u'olls. Then orang
               disekeliling kita tak akan ada tanggapan negatif pada kita .

               Haa sebenarnya banyak kebaikan yang kita dapat kalau kita
               berfikir sebelum bercakap.. janganlah main sedap mulut JE nak
               bercakap , jangan ingat ayat u'olls dah cukup garam,gula,serbuk
               perasa dan segala bagai perisa dah cukup baik nak diucapkan.!

               Fikir baik-baik baru cakap.! understood . Sejujurnya aku buat entri
               ni sebab aku ada tersembur ayat JE tadi u'olls memang terasa Hebak
               tapi after that rasa sangat-sangatlah menyesal sebab Riak ok !!

               Firman Allah bermaksud


               'Wahai orang-orang yang beriman!Jangan rosakkan (pahala amal)

               sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan
               (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah)
               orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk
               kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan
               hari akhirat.Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang
               ada tanah diatasnya,kemudian batu itu ditimpa hujan lebat lalu
               ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). ( Demikianlah
               juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan
               mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan.
               Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum
               yang kafir'. 
                                                                       (surah al-Baqarah ayat 264)

             

               Apabila u all faham maksud firman Allah ni barulah u all tahu yang
               sifat riak tu tak bawak kita kemana pun,hanya gah di mata manusia
               dan hanya merosakkan iman kita saja !! so u all fikir beratus-ratus
               kali sebelum nak tunjuk riak ok .

               Entri ni anggaplah sebagai nasihat sesama kita,supaya kita semua
               menjauhi sifat riak ..



wuhaaaaa oklah u all i dah penat nak menaip so sampai disini saja ok, see u
all in next entri !! semoga apa yang bani sampaikan mambawa manfaat untuk
semua . Assalamualaikum.



Author of sweet sour,
Nurbani Nasir